|
Doa panjang “Doa apa yang kau baca, panjang sangat?” tanya seorang
lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru
sahaja selesai berdoa adlam satu majlis di apartmen mewah mereka. “Adalah..” jawab sahabatnya pendek. “Tak sangka kau jadi alim sekarang.” “Mengapa kau kata begitu?” “Yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama.
Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?” “Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit..nanti pecah
rahsai,” kata sahabatnya separuh berbisik. Lelaki itu kehairanan. “Apa
rahsianya?” “Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama. Aku
fokus study sahaja,” katanya. “Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam
ulamak.” “Tu sebenarnya bukan doa..” “Habis apa?” “Cerita Arnab dengan Kura-kura dalam Bahasa Arab!” Pengajaran: Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil
juga. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan
hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Berhati-hatilah dengan si jahil yang
menipu. |
| abid September 6, 2009 01:29 PM PDT salam...mohon copy kandungan blog ni... | ||
| Leave a Comment: |