Jika ketenangan & keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepada Nya, dan itulah nikmat dalam jagaanNya..
Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga berdendam sampai mati...
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari redha Ilahi...
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Wahai pejuang...
Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia... dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama... Tetapi jangan sekali-kali mengaku wira...
ANAKKU.. jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu. PILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya. PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi.. jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.
Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari.. Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman... Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik.. Maka pertahankanlah keindahan ini... Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami.. Penegak kalimah Allah di muka bumi..
Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati... Zikrullah sebagai penghibur hati... Solat sebagai pendinding diri.. dan Taqwa menjadi baja dalam taman hati.. Semoga hati kita disinari dengan cahaya iman..
Sahabat..Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikannya segera.. Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku... Luahkanlah agar aku mengubah diriku.. Dan jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa.. Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..amin
Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan... Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan... Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan... Walau perit mana pun perjuangan... Sesukar manapun perjalanan.. Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad.. Mara dalam perjuangan Islam.. Nahnu Ansarallah..
1.Apabila engkau solat, jaga baik2 fikiranmu
2.Apabila engkau bertandang ke rumah org lain, jagalah pandangan matamu
3.Apabila engkau di dlm majlis, jagalah lidahmu
4.Ingatlah kpd Allah sepanjang masa
5.Ingatlah akan mati iaitu bersedia mnghadapi maut
6.Lupakan budi baikmu terhadap org lain
7.Lupakan semua kesalahan org lain trhadapmu
Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
"Alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pakcik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan..Pakcik sangat lapar," kata pengemis itu.
Budak itu merenung pengemis itu dengan penuh simpati dan berkata, "Saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat.."
"katakan apa syaratnya?"
"Pakcik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.
"Kenapa?" tanya pengemis agak ragu.
"Saya perlu balik ke rumah untuk menguruskan adik saya."
Pengemis bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula. Dilihatnya ikan dalam raganya bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.
"Baiklah, semua ikan yang pakcik kail adalah kepunyaan pakcik.,"ujar si budak.
Pengemis terlalu gembira mendapat upahnya. Tidak sangka usahanya berbaloi.
Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja dari seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan itu.
Moral: Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.
Posted at 12:06 pm by hejira_23
Muhammad November 9, 2009 08:34 AM PST Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memautkan web/blog anda kepada www.darulkautsar.com.. Disebabkan serangan siber baru-baru ni web tersebut telah dihapuskan..dan untuk menggantikan web tersebut kami membangun semula web dengan nama www.darulkautsar.net.. Kami masih mengekalkan konsep dan kandungan web asal.
Kami amat-amat menghargai sokongan anda dan amat berharap sekiranya anda dapat membuat pautan semula ke www.darulkautsar.net. Juga kami amat berterimakasih sekiranya anda dapat mewar-warkan kewujudan web kami kepada kenalan-kenalan.
Semoga usaha kita diberkati Allah dan bermanafaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Wassalam.
Pasukan Pengendali www.darulkautsar.net
psychopoet September 12, 2009 01:55 AM PDT simply inspirational! thanx 4 sharing this! ;-)