Jika ketenangan & keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepada Nya, dan itulah nikmat dalam jagaanNya..
Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga berdendam sampai mati...
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari redha Ilahi...
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Wahai pejuang...
Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia... dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama... Tetapi jangan sekali-kali mengaku wira...
ANAKKU.. jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu. PILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya. PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi.. jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.
Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari.. Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman... Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik.. Maka pertahankanlah keindahan ini... Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami.. Penegak kalimah Allah di muka bumi..
Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati... Zikrullah sebagai penghibur hati... Solat sebagai pendinding diri.. dan Taqwa menjadi baja dalam taman hati.. Semoga hati kita disinari dengan cahaya iman..
Sahabat..Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikannya segera.. Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku... Luahkanlah agar aku mengubah diriku.. Dan jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa.. Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..amin
Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan... Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan... Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan... Walau perit mana pun perjuangan... Sesukar manapun perjalanan.. Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad.. Mara dalam perjuangan Islam.. Nahnu Ansarallah..
1.Apabila engkau solat, jaga baik2 fikiranmu
2.Apabila engkau bertandang ke rumah org lain, jagalah pandangan matamu
3.Apabila engkau di dlm majlis, jagalah lidahmu
4.Ingatlah kpd Allah sepanjang masa
5.Ingatlah akan mati iaitu bersedia mnghadapi maut
6.Lupakan budi baikmu terhadap org lain
7.Lupakan semua kesalahan org lain trhadapmu
“Doa apa yang kau baca, panjang sangat?” tanya seorang
lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru
sahaja selesai berdoa adlam satu majlis di apartmen mewah mereka.
“Adalah..” jawab sahabatnya pendek.
“Tak sangka kau jadi alim sekarang.”
“Mengapa kau kata begitu?”
“Yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama.
Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?”
“Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit..nanti pecah
rahsai,” kata sahabatnya separuh berbisik. Lelaki itu kehairanan. “Apa
rahsianya?”
“Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama. Aku
fokus study sahaja,” katanya.
“Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam
ulamak.”
“Tu sebenarnya bukan doa..”
“Habis apa?”
“Cerita Arnab dengan Kura-kura dalam Bahasa Arab!”
Pengajaran: Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil
juga. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan
hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Berhati-hatilah dengan si jahil yang
menipu.
Posted at 02:51 pm by hejira_23
abid September 6, 2009 01:29 PM PDT salam...mohon copy kandungan blog ni...