Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Nick Name: Achik Solehah
Location: Alor Setar, Kedah
YM: hejira_23
Skype Me: achik_solehah5746

Jika ketenangan & keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepada Nya, dan itulah nikmat dalam jagaanNya..

Salam Ukhwah buat semua


   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30





Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga berdendam sampai mati...
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari redha Ilahi...



Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..






Wahai pejuang...
Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia...
dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama...
Tetapi jangan sekali-kali mengaku wira...


:: Friends ::

.:Adneen:.

.:Syah:.

.:Anjang:.

.:Wanja:.

.:Hani:.

.:Taj Nesha:.

.:Bulan Biru:.

.:Siti:.

.:Zulfadli:.

.:Onie:.

.:Champ:.

.:Shafriza:.

.:Hisham:.

.:Safuan:.

.:Aliff:.

.:Annur:.

.:Salwa:.

.:Syed:.

.:Zul:.

.:Nas Sahabat:.

.:Syihab:.

.:Dhany:.

.:Ili Raihana:.

.:Nur Malam:.

.:Mukhtar:.

.:Fathoni:.



Pesanan al-Qamah kepada anaknya:

ANAKKU..
jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
maka pilihlah yang mempunyai sifat ini,
iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu
jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu
dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu.
PILIHLAH sahabat
yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
lalu dia memberi dengan rasa terharu
jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,
dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna,
sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.
PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi..
jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu
dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu,
dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.


:: Laman Ilmiah ::

.:Raudhah:.

.:Darul Nu'man:.

.:Ummah:.

.:Jannah:.

.:Darul Kautsar:.

.:Al-Firdaus:.

.:Dr HM Tuah:.

.:Al-Ahkam:.

.:Portal Ukhwah:.

.:Bahan Tarbiyah:.

.:Harun Yahya:.


Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari..
Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman...
Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan...
Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik..
Maka pertahankanlah keindahan ini...
Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami..
Penegak kalimah Allah di muka bumi..


:: Online News ::

.:Harian Metro:.

.:Utusan Malaysia:.

.:Berita Harian:.

.:Harakah Daily:.

.:New Straits Times:.

.:The Star:.







Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati...
Zikrullah sebagai penghibur hati...
Solat sebagai pendinding diri..
dan Taqwa menjadi baja dalam taman hati..
Semoga hati kita disinari dengan cahaya iman..



:: Engineering Site ::

.:AS Civil:.

.:Civil Institute:.

.:CE Canada:.

.:Guide Me:.

.:Mechanical Magazine:.

.:AS Mechanical:.

.:Mechanical Info:.

.:Electrical Institute:.

.:Electrical Web:.

.:Chemical Magazine:.

.:Software Institute:.

.:Software Quality:.

.:Software Center:.

.:English Translate:.


Sahabat..Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jikaku bersedih tanpa kata...
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..
Jikaku lemah tak berdaya..
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisah...
Ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku mengubah diriku..
Dan jika esok kulena tanpa terjaga..
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..
Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..amin


:: Nasyid Website::

.:Nasyeed.Com:.

.:Firdaus:.

.:Mestica:.

.:Far East:.

.:Raihan:.

.:Devotees:.

.:In-Team:.

.:Hijjaz:.

.:UNIC:.

.:Rabbani:.



Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan...
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan...
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan...
Walau perit mana pun perjuangan...
Sesukar manapun perjalanan..
Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad..
Mara dalam perjuangan Islam..
Nahnu Ansarallah..


:: Online Magazine ::


.:Nur:.

.:i:.

.:Dewan Kosmik:.

.:Dewan Agama & falsafah:.

.:Dewan Siswa:.

Free Web Counter
Free Web Counter

More about babies and free baby samples

Nasihat Lukman Al-Hakim:

1.Apabila engkau solat, jaga baik2 fikiranmu
2.Apabila engkau bertandang ke rumah org lain, jagalah pandangan matamu
3.Apabila engkau di dlm majlis, jagalah lidahmu
4.Ingatlah kpd Allah sepanjang masa
5.Ingatlah akan mati iaitu bersedia mnghadapi maut
6.Lupakan budi baikmu terhadap org lain
7.Lupakan semua kesalahan org lain trhadapmu






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jun 16, 2009
Balasan Tidak Sembahyang

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Qura n. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah
semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti
terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa
wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak ditun tut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." Kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik
rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu
adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya,
dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun
sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mu ngkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugaskeesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.


Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. R asanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan
ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di
dunia. Kalau 80,000 tahun?



Posted at 09:16 am by hejira_23

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry