Jika ketenangan & keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepada Nya, dan itulah nikmat dalam jagaanNya..
Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga berdendam sampai mati...
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari redha Ilahi...
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Wahai pejuang...
Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia... dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama... Tetapi jangan sekali-kali mengaku wira...
ANAKKU.. jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu. PILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya. PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi.. jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.
Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari.. Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman... Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik.. Maka pertahankanlah keindahan ini... Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami.. Penegak kalimah Allah di muka bumi..
Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati... Zikrullah sebagai penghibur hati... Solat sebagai pendinding diri.. dan Taqwa menjadi baja dalam taman hati.. Semoga hati kita disinari dengan cahaya iman..
Sahabat..Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikannya segera.. Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku... Luahkanlah agar aku mengubah diriku.. Dan jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa.. Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..amin
Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan... Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan... Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan... Walau perit mana pun perjuangan... Sesukar manapun perjalanan.. Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad.. Mara dalam perjuangan Islam.. Nahnu Ansarallah..
1.Apabila engkau solat, jaga baik2 fikiranmu
2.Apabila engkau bertandang ke rumah org lain, jagalah pandangan matamu
3.Apabila engkau di dlm majlis, jagalah lidahmu
4.Ingatlah kpd Allah sepanjang masa
5.Ingatlah akan mati iaitu bersedia mnghadapi maut
6.Lupakan budi baikmu terhadap org lain
7.Lupakan semua kesalahan org lain trhadapmu
Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan
tekun. Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila ada uzur
syarie. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar
anak muda yang menuntut ilmu dengannya.
“Sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah
keluarbiasaannya,” kata salah seorang anak muridnya.
“Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya
apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa saja,” tambah yang
lain.
“Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari
celah-celah jarinya. Malang betul nasib kita..”
Akhirnya, sungutan-sungutan itu kedengaran sampai ke telinga ulama tua itu.
Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak
muridnya. Ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah
melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam. Namun anehnya kapur itu
tidak jatuh..sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak
ditulis oleh ulama tua itu.
Melihat kejadian aneh itu, semua anak muridnya berdiri dan melopong
kekaguman. Tidak sangka bahawa selama ini rupanya ulama itu turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak
muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata,
“Aku sangat hairan melihat sikap akmu semua. Melihat kapur ini menulis hanya
beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah
menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?”
Pengajaran:
Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah. Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit.
Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. Sejarah mencatatkan betapa ramai
yang pernah diberikan karamah sesat
kerana iman yang tidak istiqamah.
Salam.. Kawan2 tahu tak mcmana nak bekerja dgn lebih bijak? erm, maksudnya gunakan peluang yg ada dengan sebaik mungkin. Itu pendapat sayalah..daripada buang masa dengan borak2 kosong atau asik main game yg ntah ape2..baik buat sesuatu yg berfaedah..membaca ke..utk tmbah pengetahuan, atau buat duit..dgn menggunakan blog...hehehe.. Itu la..sebenarnya saya baru nak try design purdah. mana la tahu kalau ada yg minat nk order purdah yg saya buat ni..erm..nanti lepas design saya upload la kt blog nih..kawan2 yg tengah dok cari purdah online...tunggu yer...hehehe. Erm kalau sape2 ada idea, boleh jgk share dgn sy yer..hee..thanks
Kepada sesiapa yg sedang mencari pekerjaan, ada jawatan kosong ditawarkan di kilang elektronik di Singapura. Gaji RM2400 sebulan. Taraf: Kontrak Kelayakan: Perlu ada sijil SPM. Lelaki atau perempuan dialu-alukan utk memohon. Jika berminat, sila emailkan resume anda kpd sy di alamat : hejira_23@yahoo.com
ok...utk makluman semua. tlong sebarkan lg kepada sesiapa kenalan anda yg sedang mencari pekerjaan. wassalam
Buat orang yang sukeeee sgt makan keropok udang ROTA.
Salam sahabat2 dan tetamu ziarah sekalian. Tengah cek2 email tiba2 jumpa something pasal keropok ni. saya rasa ramai jugak yang makan nih..elok baca. saya forward jer email yg kawan sy bg tu kt sini...segan dah nak edit..hehe.
Keropok ni sekali tengok nampak halal lah. Yang
aku heran tu.. cemana leh dapat logo halal jakim.... diaoang tak keje
ker..
Setiap kali beli barangan makanan
ringan pastikan lihat kod dia. Lihat kod untuk kesejahtreaaan kita juga
MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1
E
100
16
E
280
31
E
434
46
E
482
2
E
110
17
E
300
32
E
435
47
E
483
3
E
120
18
E
301
33
E
436
48
E
491
4
E
140
19
E
325
34
E
440
49
E
492
5
E
141
20
E
326
35
E
441
50
E
493
6
E
153
21
E
327
36
E
470
51
E
494
7
E
160
22
E
334
37
E
471
52
E
495
8
E
161
23
E
335
38
E
472
53
E
542
9
E
210
24
E
336
39
E
473
54
E
570
10
E
213
25
E
337
40
E
474
55
E
572
11
E
214
26
E
422
41
E
475
56
E
631
12
E
216
27
E
430
42
E
476
57
E
635
13
E
234
28
E
431
43
E
477
58
E
904
14
E
252
29
E
432
44
E
478
59
E
920
15
E
270
30
E
433
45
E
481
Yg
jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk
ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala
virus influenza tu.... Xheran
lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan.
..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak
termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging......
.nauzubillah. . Camner
nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah
disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda
HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2
kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan..... . Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika
kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita
lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...
Assalamualaikum.. ape kabar kawan2 smua..? hmm..last thursday saya surfing2..i found something interesting. saya memang tengah cari bisnes online yg mcm ni..finally jumpa jgk.. So saya just nak share lah dgn kawan2 yg sedang mencari side income ataupun pendapatan sampingan. bisnes Myspace network ni adalah program internet..yg tgh top skrg ni sistem affiliate.. Kalu sape blum tau affiliate tu mcm mana...secara ringkasnya affiliate tu mcm agen kpd sesebuah syarikat yg menjual barang. Myspace ni jual produk digital cth mcm cd dan juga e-book. Dan bisnes melalui program affiliate adalah halal. jika anda masih ragu2..sila layari web ustaz zaharudin tentang halal dan haramnya perniagaan di internet ni Di sini
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasululah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, "Berinfaklah, nescaya Aku akan memberi nafkah kepadamu." Rasulullah saw kemudian berkata, "Tangan Allah sentiasa berisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang dan malam. Apakah kalian mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh Allah sejak Dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tangan Nya tidak akan pernah ahbis. Singgahsana Nya ada di atas air, dan di tangan Nya ada timbangan." (Riwayat al-Bukhari)
Banyak perkara yg boleh dikategorikan sebagai sedekah selain daripada wang ringgit dan harta benda. Antaranya adalah:
Senyuman-Sabda Rasulullah saw maksudnya: "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Tirmizi)
Solat-Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
Puasa sunat juga sedekah untuk diri sendiri
Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.
Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.
Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang yang berkelahi.
Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.
Memberi minuman kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia atau binatang.
Memberi pinjam wang atau mengizinkan penangguhan membayar balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidka mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.
Mengajarkan ilmu kepada orang lain.
Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk ALlah yang lain.
Assalamualaikum tetamu dan sahabat2 sekalian...sudah lama tak update blog nih...dah bersawang n labah2 pun dah bercucu cicit...hehe. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...saya ucapkan Ramadhan Kareem..dan selamat berpuasa kepada seluruh umat manusia di dunia yang menyambutnya. Kepada mereka yang sudah cukup syarat, jangan malas2 pulak nak puasa yer...hehe. Kepada yang ada excuse takperlah. Tapi walaupun tak dapat berpuasa, boleh tambah amalan dengan berzikir dan bersedekah. Terutamanya kaum hawa yang ada waktu excusenyer...boleh tolong masakkan juadah berbuka kepada mereka yang berpuasa. Moga-moga Allah terima ibadah kita semua...insyaAllah.
Saya taip jer apa yang terlintas di fikiran nih...memang sebenarnya sukar nak kongsi cerita peribadi..tapi saya cuba lah mana yang dirasakan boleh. Tangan ni pun tak da kerja nak buat...so menaiplah saya kat blog yang hampir terkubur ni..ehehe
Sesiapa yang nak cari kambing untuk akikah anak ke...anak sedara ke..atau sape2 jer lah..boleh lah mesej saya yer...coz my husband ade la ternak kambing. Kalau nak tau harga, boleh lah hubungi beliau sendiri ye..nak kambing saja pun ada.yang siap masak pun ada..kalau nk tengok kambing...hah..kat bawah ni ada pic die...mana tau berkenan ker...hehehe
Ini kambing jantan bersama rakan-rakannya
Macamana? berkenan kah? hehe...itu kambing. kalu nak ayam piru pun boleh order kt beliau jugak yer..tak kisah lah untuk bela ke..atau nak wat masak untuk kenduri ke..atau ape2 jer lah..ok, kat bawah ni pic ayam piru plak..
Ayam piru tengah mengembangkan ekornye..
Itu lah die kawan2..sesiapa yang berminat dengan dua produk dari ladang nih..boleh hubungi En Khairi di talian 0194702839. Ataupun boleh layari blog beliau di Koleksi Ayam Piru atau Ternakan Kambing.
Sekian saja posting kali ini..Selamat Berpuasa kepada semua..=)
Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
"Alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pakcik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan..Pakcik sangat lapar," kata pengemis itu.
Budak itu merenung pengemis itu dengan penuh simpati dan berkata, "Saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat.."
"katakan apa syaratnya?"
"Pakcik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.
"Kenapa?" tanya pengemis agak ragu.
"Saya perlu balik ke rumah untuk menguruskan adik saya."
Pengemis bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula. Dilihatnya ikan dalam raganya bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.
"Baiklah, semua ikan yang pakcik kail adalah kepunyaan pakcik.,"ujar si budak.
Pengemis terlalu gembira mendapat upahnya. Tidak sangka usahanya berbaloi.
Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja dari seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan itu.
Moral: Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.
“Doa apa yang kau baca, panjang sangat?” tanya seorang
lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru
sahaja selesai berdoa adlam satu majlis di apartmen mewah mereka.
“Adalah..” jawab sahabatnya pendek.
“Tak sangka kau jadi alim sekarang.”
“Mengapa kau kata begitu?”
“Yalah, siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama.
Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?”
“Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit..nanti pecah
rahsai,” kata sahabatnya separuh berbisik. Lelaki itu kehairanan. “Apa
rahsianya?”
“Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama. Aku
fokus study sahaja,” katanya.
“Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat. Macam
ulamak.”
“Tu sebenarnya bukan doa..”
“Habis apa?”
“Cerita Arnab dengan Kura-kura dalam Bahasa Arab!”
Pengajaran: Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil
juga. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan
hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. Berhati-hatilah dengan si jahil yang
menipu.